Translate

Tuesday

Bayi tak boleh naik pesawat, biar betul?




Baru-baru ini, heboh isu seorang bayi bersama ibunya yang dilarang menaiki pesawat untuk pulang ke tanah. Semua berpendapat bahawa syarikat penerbangan tersebut bertindak kejam walhal ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu supaya perkara sebegini tidak lagi berulang.

PERATURAN

            Lupakan insiden bayi dan ibunya yang terkandas di Ho Chi Minh itu biarpun anda dengar dalam pelbagai ‘versi’. Mengikut peraturan yang telah disediakan oleh syarikat penerbangan, bayi memang boleh menaiki pesawat dan tidak ada sesiapa pun yang menafikannya. Hendak buat bagaimana jika ibu bapa bayi tersebut mahu membawanya melancong atau balik ke kampung.

               Namun perlu diketahui bahawa bayi perlu duduk di atas pangkuan ibu bapa atau penjaga. Hanya seorang bayi yang dibenarkan untuk seorang dewasa. Usia bayi juga faktor penting untuk tentukan sama ada bayi boleh dibawa atau tidak. Bayi yang baru lahir sama sekali tidak dibenarkan dibawa naik pesawat. Harap maklum ya.


             Atas sebab faktor keselamatan bayi, ibu bapa serta penumpang yang lain, tahap kesihatan bayi juga perlu dipastikan supaya tidak mendatangkan masalah lain kerana di dalam pesawat tidak menyediakan doktor. Demam biasa mungkin atas risiko sendiri tetapi jika ia melibatkan penyakit berjangkit, ada baiknya anda membawa bayi anda dirawat terlebih dahulu. Jika anda yakin akan tahap kesihatan bayi, jangan lupa bawa dokumen atau surat kebenaran daripada pihak doktor yang membuktikan bayi anda fit untuk menaiki pesawat.

KEMUDAHAN

              Sebelum anda merancang membawa bayi untuk bercuti bersama keluarga, beberapa panduan perlu anda senaraikan. Bermula dari menempah tiket sehinggalah pakaian si kecil, makanan serta ubat-ubatan perlu diambil kira. Jangan hanya membawa ubat asas sahaja, tetapi sediakan juga ubat-ubat lain kerana perubahan cuaca boleh menyebabkan bayi kurang selesa.

              Perlu diketahui bahawa syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia tidak membenarkan anda membawa naik kereta sorong ke dalam pesawat (kabin penumpang). Syarikat penerbangan yang lain juga tidak membenarkan anda membawanya kerana faktor saiz dan sukar untuk dibawa meskipun boleh dilipat. Jadi jangan bertelagah dengan pramugari atau pegawai yang bertugas. Ia sudah tertulis dalam terma dan syarat.

              Kemudian antara tip terbaik untuk bayi dibawa terbang adalah pastikan anda menyumbat kapas lembut di telinganya kerana bunyi enjin pesawat boleh merosakkan gegendang telinga bayi yang masih lembut.


            Sebenarnya, selagi anda mengikuti peraturan yang ditetapkan dan tahu menjaga faktor keselamatan diri dan sekeliling, bayi anda bebas melancong ke mana saja destinasi yang hendak dituju. Bayi bukan tak boleh nak pesawat, tapi anda kena tahu bagaimana hendak membawa bayi naik pesawat, kan lain tu? Selamat meliburkan diri bersama bayi anda.



sumber gambar: google image


Jika ingin bekunjung ke johor bahru untuk melancong, atau apa-apa tujuan dan tidak ada tempat yang
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di

LIEZA HOMESTAY JB

Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta  eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:


No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Email:          lieza.homestaybbu@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...