Kemegahan Monumen & Bangunan Bersejarah Johor
11. Muzium Kota Tinggi, Kota Tinggi
Muzium dua tingkat yang dibuka kepada orang awam pada tahun 2002 ini menyimpan pelbagai sejarah negeri Johor Darul Takzim. Pameran yang berasaskan zaman Kesultanan Johor Lama, muzium ini dibina di Kota Tinggi kerana daerah ini merupakan titik permulaan takhta pemerintahan Johor lama sehingga sekarang. Empat fasa peristiwa menjadi konsep utama pameran di Muzium Kota Tinggi, muzium ini menunjukkan bahan peninggalan tembikar lama, peralatan senjata dan muzik yang digunakan pada zaman dahulu dan bermacam-macam bahan sejarah yang lain. Dan yang paling menarik, pengunjung berpeluang merasai hidup pada zaman Kesultanan Johor Lama dengan menghayati lukisan kanvas yang menceritakan kisah hidup orang zaman dahulu.
Lokasi: JKR 1858 (P), Jalan Laksamana, Kota Tinggi
Waktu Operasi: 9 pg – 4 ptg
Harga Tiket: Percuma
10. Muzium Warisan Tiong Hua, Johor Bahru
Muzium yang terletak di Jalan Ibrahim dibuka pada hari Selasa hingga Ahad. Dibina oleh Persekutuan Tiong Hua, muzium mempamerkan sejarah perkembangan masyarakat Cina di negeri Johor. Muzium yang dibuka pada tahun 2009 ini mengekalkan lebih 1000 dokumen bersejarah dan 300 barangan koleksi lama. Antara pameran yang terdapat di muzium ini ialah sejarah kedatangan, kesenian muzik dan kebudayaan masyarakat Tiong Hua dari pertengahan abad ke-19 hingga sekarang.
Lokasi: No 42, Jalan Ibrahim, Johor Bahru
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9 pg – 5 ptg
Harga Tiket: Dewasa: RM3, Senior, pelajar, kanak-kanak: RM1
9. Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru
Merupakan bekas pusat pemerintahan Johor, bangunan ini sekarang dijadikan sebagai salah satu tarikan utama pelancong di Johor Bahru. Bangunan yang mengabungkan seni bina kesultanan Johor, seni bina kolonial, dan seni bina Islam ini siap dibina pada tahun 1940 bertujuan untuk menyelaraskan dan menyatukan sistem pentadbiran negeri. Infrastruktur luar yang mempunyai gaya kolonial, seni bina dalaman Bangunan Sultan Ibrahim mengikut gaya Melayu Johor dan terdapat sentuhan seni bina Islam pada ukiran-ukiran pada bangunan ini. Pada pencinta sejarah, anda harus berkunjung ke sini kerana Bangunan Sultan Ibrahim ini juga merupakan benteng pertahanan ketika Perang Dunia Kedua.
Lokasi: Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bahru
Waktu Operasi: Rabu – Isnin
Harga Tiket: Percuma
8. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Masjid yang dirasmikan pada tahun 1900 oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar ini juga merupakan masjid negeri Johor. Mengambil nama sempena Almarhum Sulta Abu Bakar Daeng Ibrahim, masjid ini dibina mengikut seni bina Islam Barat dan mempunyai 4 buah menara di setiap sisi masjid. Mampu memuatkan sehingga lebih 3,000 umat Islam dalam satu masa, tidak rugi anda datang ke sini untuk bersolat dan berehat bersama penduduk tempatan.
Lokasi: Jalan Gertak Merah, Johor Bahru
7. Dataran Penggaram, Batu Pahat
Juga dikenali sebagai Dataran Batu Pahat, dataran in terkenal dengan mengadakan pelbagai festival bersempena hari sambutan di Malaysia seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidlifitri dan Tahun Baru Cina. Penduduk tempatan juga gemar berkunjung ke Tugu Batu Pahat yang kelihatan seperti batu dipahat oleh sepasang tangan. Selain itu, penduduk tempatan juga selalu berkunjung ke sini pada hari biasa untuk bersantai dan beriadah. Ada juga yang bermain laying-layang di sini di samping terdapat gerai makanan di sekitar dataran.
Lokasi: Jalan Rahmat, Kampung Bahagia, Batu Pahat
6. Muzium Nenas, Pontian
Terletak di sebuah pecan kecil bernama Pekan Nenas, pameran di muzium ini bertemakan buah nenas. Jenis-jenis nenas, aktiviti penanaman nenas, pemprosesan produk nenas, dan pelbagai lagi info menarik berkaitan nenas ada dipaparkan di sini. Anda juga dapat melihat pelbagai jenis nenas yang ditanam di bahagian luar muzium ini. Selain itu, anda juga dapat membeli pelbagai barangan berasaskan nenas seperti jem dan jus.
Lokasi: Batu 32, Jalan Johor Pontian, Pontian
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pg – 5 ptg
Harga Tiket: RM2
5. Istana Bukit Serene, Johor Bahru
Merupakan istana diraja dan kediaman rasmi buat Sultan Johor sejak 1998, istana ini terletak di atas Bukit Serene dan boleh dilihat dari Danga Bay. Landskap tamannya yang cantik selalu dijadikan tempat untuk upacara diraja. Di samping itu, Angkatan Tentera Johor bertugas untuk melindungi istana ini. Walaupun Istana Bukit Serene tidak dibuka untuk kunjungan awam, ramai yang gemar datang ke sini untuk bergambar dan melihat sendiri keindahan istana ini.
Lokasi: Jalan Straits View, Bukit Serene, Johor Bahru
sumber rujukan: http://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-johor/
Jika ingin bekunjung ke johor bahru untuk melancong, atau apa-apa tujuan dan tidak ada tempat yang
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di
Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi (2 bilik kipas syiling, 2 bilik aircond) iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..
Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:
No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Email: lieza.homestaybbu@gmail.com
|
No comments:
Post a Comment