Mendapat pencapaian yang baik
dalam karier atau pendidikan adalah impian sebahagian besar orang. Namun, bagi
anda yang punya hobi menikmati keindahan alam dan budaya dari seluruh penjuru
dunia, bercuti di tempat baru jadi salah satu impian. Menjelajah Raja Ampat,
bersantai di pantai terindah dunia, sampai mengeksplorasi negara Skandinavia
mungkin terlintas di benak anda. Sayangnya, mewujudkan angan-angan tidak semudah
mengimpikanya. Berjalan-jalan ke tempat impian tidak selalu berjaya
dilaksanakan. Masalah yang selalu ada membuatkan ramai orang kurang bergerak,
lalu meninggalkan impian bercuti ke tempat yang diidam-idamkan selama ini. Tip
melancong minggu ini menyenaraikan beberapa sebab impian melancong anda gagal
dan bagaimana ia boleh dielak jika sememangnya anda menghadapi masalah yang
disenaraikan.
1. Masa
Rutin bekerja atau kuliah yang harus
anda lalui saat ini sememangnya memerlukan anda meluangkan banyak masa. Baki
masa yang sedikit biasanya menjadi punca ada berhenti mengejar impian bercuti. Jujurnya,
hal ini boleh anda anggap sebagai tembok yang menghalang langkah untuk
merealisasikan impian anda. Padahal, dengan perancangan masa yang baik,
melaksanakan rutin harian anda sambil mempersiapkan diri mengejar impian adalah
hal yang tidak mustahil. Jika melancong impian yang ingin anda realisasikan,
gunakan masa yang ada dengan bijak contohnya memanfaatkan masa cuti dengan
bijak. Sediakan juga masa yang tepat untuk mempersiapkan diri. Apabila sudah
tahu masa yang tepat, jangan tunda lagi. Teruskan impian pergi bercuti di
destinasi yang sudah lama diimpikan.
2. Modal
Dalam apa juga hal,
merealisasikan angan-angan sememangnya memerlukan modal. Kalau anda punya keinginan
untuk melancong secara solo, tentunya anda memerlukan modal yang banyak. Ini
kerana, segala kos perbelanjaan sepanjang percutian solo adalah atas tanggungan
anda seorang diri. Berbanding dengan bercuti bersama rakan yang membolehkan
anda berkongsi membayar banyak benda bersama. Dalam soal modal, pastikan modal
anda mencukupi untuk merealisasikan impian anda ke destinasi percutian. Selain
modal kewangan, modal utama tentu saja tekad. Modal tekad ini bagaikan
pemangkin yang dapat membantu anda menemukan jalan lurus untuk mengecapi impian
anda. Jika fikiran anda masih tidak tenang kerana impian belum terlaksana, cuba
renungkan lagi. Jangan-jangan memang selama ini anda belum punya tekad yang
kuat untuk melancong.
3. Tindakan
serta-merta
Membiarkan pelbagai
perancangan hanya menjadi sia-sia kerana tidak ada tindakan lanjut diambil
untuk mewujudkannya adalah suatu kesalahan yang sangat sukar untuk ditebus
kembali. Mana tidaknya, perancangan yang dilakukan adalah sempurna dan hanya
tinggal dilaksanakan saja. Namun, dek tidak ada tindakan serta-merta, semuanya
hanya sia-sia.
Oleh itu, seimbangkan impian dan
tindakan. Satu lagi, wujudkan sekarang!
4. Tidak berkongsi
impian
Menceritakan impian kepada
orang terdekat adalah langkah awal yang baik untuk menjadikannya nyata. Teman
atau keluarga adalah orang yang berpotensi menyokong anda merealisasikan impian
itu. Dengan menceritakan impian, rakan dan keluarga juga akan berkongsi cerita
dan kata-kata semangat yang mampu memberikan anda inspirasi dalam
merealisasikan impian anda. Masihkah ada di antara anda yang hanya memendam
impian seorang diri?
Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/26957
sumber gambar: google image
sumber gambar: google image
Jika ingin bekunjung ke johor bahru untuk melancong, atau apa-apa tujuan dan tidak ada tempat yang
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di
LIEZA HOMESTAY JB
Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..
Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di
LIEZA HOMESTAY JB
Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..
Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:
No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Email: lieza.homestaybbu@gmail.com
|