Translate

Saturday

Kembalikan Semangat Dengan Bercuti



TUGASAN di pejabat bagaikan tidak pernah habis dan ‘angin’ untuk bekerja memang tidak ada apatah lagi tum­puan terarah kepada perkara lain.Jika ini yang anda alami, itu petanda memerlukan percutian yang mendamaikan dengan segera. Tanda itu juga memberitahu anda perlu merehat­kan badan dan mencari sesuatu yang segar. Menyegarkan kembali badan dan fikiran sangat penting selain memulihkan semangat yang pudar. Otak juga bagaikan baru diformat semula sehingga anda boleh bekerja dengan lebih efektif dan cemerlang. Ingin tahu tanda lain anda memerlukan percutian mendamaikan, jom semak tip melancong ini.


Selalu rasa penat

Jangan membiarkan situasi itu berlanjutan kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih bahaya.
Ia tidak memberi kesan kepada fizikal semata-mata, tetapi juga psikologi. Anda juga pastinya akan cepat marah jika mengalami situasi ini.
Justeru, jika anda rasa keletihan, inilah masanya untuk bercuti.


Tidak merawat diri

Kesibukan boleh membuatkan anda lupa menjaga hal yang penting iaitu merawat diri. Mana tidaknya, dengan kesibukan dihadapi, masa dirasakan begitu cepat berlalu sehingga tidak sempat merawat diri.
Anda juga mungkin akan mulai mengambil makanan segera atau sering minum kopi supaya boleh tetap bekerja.
Jika anda mengalami situasi ini, segeralah membuat perancangan bercuti di destinasi diimpikan.



Tiada tumpuan kerja

Anda bekerja keras, tetapi seperti tugasan yang diberikan tidak selesai. Bahkan anda perlu kerja lebih masa untuk menyelesaikan semuanya mengikut masa yang ditetapkan.
Anda juga sering bersalah dan menuntut anda untuk bekerja lebih keras lagi. Jika situasi ini anda alami, jangan beri alasan lagi.
Dengan situasi seperti itu, anda perlu bercuti di tempat yang menyenang­kan dan mendamaikan selama beberapa hari.
Pastinya selepas itu, anda akan lebih fokus kepada kerja yang ada.



Cepat marah

Tertekan dengan banyak kerja yang tidak selesai di pejabat bukan saja buat anda tertekan, tetapi membuatkan anda mudah marah.
Itu belum ditambah dengan perselisihan faham dengan rakan sekerja. Amarah anda bagaikan membuak-buak walaupun hakikatnya apa yang diperkatakan atau ditegur itu benar.
Jangankan ada salah faham dengan orang lain, terlanggar kerusi saja sudah membuatkan anda begitu marah.
Jika sudah rasa seperti ini, duduk sejenak, mohon cuti dan pergilah bercuti di tempat yang memberikan kedamaian atau dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi.
Bercuti di tepi pantai, pulau atau taman negara adalah destinasi yang cukup tepat buat anda.
Pulang daripada bercuti nanti, anda pastinya lebih tenang.

Sumber:

Harian Metro Online
http://www.hmetro.com.my/node/45877
sumber gambar: google image


Jika ingin bekunjung ke johor bahru untuk melancong, atau apa-apa tujuan dan tidak ada tempat yang
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di

LIEZA HOMESTAY JB

Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta  eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:




No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Email:          lieza.homestaybbu@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...