Translate

Friday

Syurga Membeli Belah Di Johor

Syurga Membeli Belah Di Johor

Selain Kuala Lumpur, Johor juga merupakan syurga untuk kaki shopping. Mempunyai lebih 20 pusat membeli belah yang menjual barang-barang tempatan dan luar negara, anda tidak akan silap untuk menghabiskan duit anda di sini.

Johor Premium Outlet, Kulai




Johor Premium Outlet
Sumber: Johor Now

Siapa saja yang tidak kenal akan JPO. Dibuka pada tahun 2011, tempat ini antara pusat membeli belah yang terkenal dengan menjual barangan yang berjenama mewah dan eklusif pada harga yang berpatutan. Hampir setiap hari, setiap kedai di sini menyediakan potongan harga dari 25% hingga 65%. Dan pada musim perayaan, anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan barangan mewah dengan potongan harga sebanyak 90%.
Lokasi: Jalan Premium Outlets, Indahpura, Kulai
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pg – 10 mlm

3. JB City Square, Johor Bahru

Pusat beli belah yang terletak di tengah bandaraya Johor ini mengandungi lebih 300 peruncit yang terdiri daripada barangan fesyen, gerai makanan, dan pusat hiburan. JB City Square ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk Johor Bahru untuk keluar pada hujung minggu, malahan penduduk Singapura juga selalu datang ke sini untuk membeli belah.

Bazar Karat, Johor Bahru

Kepada peminat uptown atau pasar malam, anda boleh datang ke sini pada setiap hari. Kemeriahan kehidupan malam di sini telah menarik perhatian penduduk sekitar mahupun Singapura untuk datang menikmati suasana di sini. Terdapat pelbagai jenis barangan dijual di sini, antaranya baju dan seluar, cenderamata, kasut dan sandal, wangian dan bermacam lagi. Bazar Karat ini menjadi tumpuan ramai kerana pengunjung boleh tawar menawar ketika berurus niaga dengan penjual di sini. Selain itu, anda boleh berehat di gerai-gerai makanan yang terdapat di sekitar bazar ini sambil melayan persembahan muzik jalanan yang berbakat. Dan bagi peminat barangan bundle dan rare, Bazar Karat pasti menjanjikan satu pengalaman yang berharga untuk anda mencari barang-barang pilihan anda.
Lokasi: No 26 – 20, Jalan Segget, Johor Bahru
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 6 ptg – 12 pg, Sabtu – Ahad: 7.30 pg – 12 tgh hari

Ayer Hitam, Batu Pahat

Siapa sahaja yang tidak kenal akan tempat ini. Terkenal dengan kerepeknya yang sedap, Ayer Hitam juga ada menjual kudapan lain seperti dodol, asam, dan pelbagai makanan tradisional yang lain. Bagi peminat kerepek, anda boleh ke gerai Wak Man di mana anda berpeluang untuk mencuba rasa kerepeknya yang sedap sebelum anda membeli di samping harga yang murah dan servis yang amat baik. Selain itu, bagi peminat tembikar, gerai-gerai di sini ada menjual pelbagai jenis rekaan tembikar yang bermutu tinggi pada harga yang berpatutan.

Sumber: http://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-johor/

Jika ingin bekunjung ke johor bahru untuk melancong, atau apa-apa tujuan dan tidak ada tempat yang
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di



Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi (2 bilik kipas syiling, 2 bilik aircond) iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta  eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:





No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Email:          lieza.homestaybbu@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...