Setiap negeri di Malaysia mempunyai makanan yang mengikut ciri-ciri tempatan. Walaupun setiap tempat berbeza, semua makanan itu pasti sedap dan enak untuk seluruh rakyat Malaysia. Di Johor juga tidak kurang hebatnya, hampir di setiap sudut di negeri ini mempunyai makanan tradisional mereka sendiri yang sangat unik dan sedap. Mai Singgah akan menceritakan sedikit tentang makanan tradisional di Johor ini.
Laksa Johor – Walaupun hamper setiap negeri mempunyai resipi laksa tersendiri, Lakso Johor agak berbeza dengan resipi negeri lain kerana mee yang digunakan adalah dari jenis spaghetti. Kuahnya pula agak pedas dan pekat sambil dihidangkan dengan sambal belacan.
Mee Bandung Muar – Makanan yang sangat popular di kalangan penduduk Muar ini telah menarik minat dari seluruh Malaysia untuk datang ke Muar dan mencuba mee ini. Dimasak sekali dengan makanan laut, aromanya yang memikat pasti meyakinkan anda mengapa orang ramai dari serata Malaysia datang ke sini untuk mencuba sendiri Mee Bandung Muar.
Mee Rebus Johor – Kuah mee rebus ini membezakan rasanya daripada mee rebus di negeri-negeri lain. Kalau di tempat lain kuahnya ialah sup, di Johor pula kuah mee rebus agak pekat dan tidak rasa seperti sup. Rasanya sungguh enak dan sesuai walaupun warnanya agak aneh.
Kacang Pool – Roti bakar yang dihidang bersama kuah pekat berempah ini menjadi pilihan buat penduduk Johor untuk minum petang atau sarapan pagi. Rasa kuahnya yang mengandungi rempah kurma dan beriyani pasti membuatkan anda menjilat licin mangkuk tersebut.
Roti Kirai – Roti ini yang dikenali sebagai Roti Jala di negeri lain mempunyai rasa yang agak sama seperti yang lain. Selain nama panggilannya yang berbeza, rasa kari yang dihidangkan bersama roti kirai ini agak berbeza mengikut cita rasa masing-masing.
Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi (2 bilik kipas syiling, 2 bilik aircond) iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..
Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:
No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Selain Kuala Lumpur, Johor juga merupakan syurga untuk kaki shopping. Mempunyai lebih 20 pusat membeli belah yang menjual barang-barang tempatan dan luar negara, anda tidak akan silap untuk menghabiskan duit anda di sini.
Johor Premium Outlet, Kulai
Siapa saja yang tidak kenal akan JPO. Dibuka pada tahun 2011, tempat ini antara pusat membeli belah yang terkenal dengan menjual barangan yang berjenama mewah dan eklusif pada harga yang berpatutan. Hampir setiap hari, setiap kedai di sini menyediakan potongan harga dari 25% hingga 65%. Dan pada musim perayaan, anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan barangan mewah dengan potongan harga sebanyak 90%.
Lokasi: Jalan Premium Outlets, Indahpura, Kulai
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pg – 10 mlm
3. JB City Square, Johor Bahru
Pusat beli belah yang terletak di tengah bandaraya Johor ini mengandungi lebih 300 peruncit yang terdiri daripada barangan fesyen, gerai makanan, dan pusat hiburan. JB City Square ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk Johor Bahru untuk keluar pada hujung minggu, malahan penduduk Singapura juga selalu datang ke sini untuk membeli belah.
Bazar Karat, Johor Bahru
Kepada peminat uptown atau pasar malam, anda boleh datang ke sini pada setiap hari. Kemeriahan kehidupan malam di sini telah menarik perhatian penduduk sekitar mahupun Singapura untuk datang menikmati suasana di sini. Terdapat pelbagai jenis barangan dijual di sini, antaranya baju dan seluar, cenderamata, kasut dan sandal, wangian dan bermacam lagi. Bazar Karat ini menjadi tumpuan ramai kerana pengunjung boleh tawar menawar ketika berurus niaga dengan penjual di sini. Selain itu, anda boleh berehat di gerai-gerai makanan yang terdapat di sekitar bazar ini sambil melayan persembahan muzik jalanan yang berbakat. Dan bagi peminat barangan bundle dan rare, Bazar Karat pasti menjanjikan satu pengalaman yang berharga untuk anda mencari barang-barang pilihan anda.
Lokasi: No 26 – 20, Jalan Segget, Johor Bahru
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 6 ptg – 12 pg, Sabtu – Ahad: 7.30 pg – 12 tgh hari
Ayer Hitam, Batu Pahat
Siapa sahaja yang tidak kenal akan tempat ini. Terkenal dengan kerepeknya yang sedap, Ayer Hitam juga ada menjual kudapan lain seperti dodol, asam, dan pelbagai makanan tradisional yang lain. Bagi peminat kerepek, anda boleh ke gerai Wak Man di mana anda berpeluang untuk mencuba rasa kerepeknya yang sedap sebelum anda membeli di samping harga yang murah dan servis yang amat baik. Selain itu, bagi peminat tembikar, gerai-gerai di sini ada menjual pelbagai jenis rekaan tembikar yang bermutu tinggi pada harga yang berpatutan.
Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi (2 bilik kipas syiling, 2 bilik aircond) iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..
Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:
No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Muzium dua tingkat yang dibuka kepada orang awam pada tahun 2002 ini menyimpan pelbagai sejarah negeri Johor Darul Takzim. Pameran yang berasaskan zaman Kesultanan Johor Lama, muzium ini dibina di Kota Tinggi kerana daerah ini merupakan titik permulaan takhta pemerintahan Johor lama sehingga sekarang. Empat fasa peristiwa menjadi konsep utama pameran di Muzium Kota Tinggi, muzium ini menunjukkan bahan peninggalan tembikar lama, peralatan senjata dan muzik yang digunakan pada zaman dahulu dan bermacam-macam bahan sejarah yang lain. Dan yang paling menarik, pengunjung berpeluang merasai hidup pada zaman Kesultanan Johor Lama dengan menghayati lukisan kanvas yang menceritakan kisah hidup orang zaman dahulu.
Lokasi: JKR 1858 (P), Jalan Laksamana, Kota Tinggi
Waktu Operasi: 9 pg – 4 ptg
Harga Tiket: Percuma
10. Muzium Warisan Tiong Hua, Johor Bahru
Muzium yang terletak di Jalan Ibrahim dibuka pada hari Selasa hingga Ahad. Dibina oleh Persekutuan Tiong Hua, muzium mempamerkan sejarah perkembangan masyarakat Cina di negeri Johor. Muzium yang dibuka pada tahun 2009 ini mengekalkan lebih 1000 dokumen bersejarah dan 300 barangan koleksi lama. Antara pameran yang terdapat di muzium ini ialah sejarah kedatangan, kesenian muzik dan kebudayaan masyarakat Tiong Hua dari pertengahan abad ke-19 hingga sekarang.
Lokasi: No 42, Jalan Ibrahim, Johor Bahru
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9 pg – 5 ptg
Harga Tiket: Dewasa: RM3, Senior, pelajar, kanak-kanak: RM1
9. Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru
Merupakan bekas pusat pemerintahan Johor, bangunan ini sekarang dijadikan sebagai salah satu tarikan utama pelancong di Johor Bahru. Bangunan yang mengabungkan seni bina kesultanan Johor, seni bina kolonial, dan seni bina Islam ini siap dibina pada tahun 1940 bertujuan untuk menyelaraskan dan menyatukan sistem pentadbiran negeri. Infrastruktur luar yang mempunyai gaya kolonial, seni bina dalaman Bangunan Sultan Ibrahim mengikut gaya Melayu Johor dan terdapat sentuhan seni bina Islam pada ukiran-ukiran pada bangunan ini. Pada pencinta sejarah, anda harus berkunjung ke sini kerana Bangunan Sultan Ibrahim ini juga merupakan benteng pertahanan ketika Perang Dunia Kedua.
Lokasi: Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bahru
Waktu Operasi: Rabu – Isnin
Harga Tiket: Percuma
8. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Masjid yang dirasmikan pada tahun 1900 oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar ini juga merupakan masjid negeri Johor. Mengambil nama sempena Almarhum Sulta Abu Bakar Daeng Ibrahim, masjid ini dibina mengikut seni bina Islam Barat dan mempunyai 4 buah menara di setiap sisi masjid. Mampu memuatkan sehingga lebih 3,000 umat Islam dalam satu masa, tidak rugi anda datang ke sini untuk bersolat dan berehat bersama penduduk tempatan.
Lokasi: Jalan Gertak Merah, Johor Bahru
7. Dataran Penggaram, Batu Pahat
Juga dikenali sebagai Dataran Batu Pahat, dataran in terkenal dengan mengadakan pelbagai festival bersempena hari sambutan di Malaysia seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidlifitri dan Tahun Baru Cina. Penduduk tempatan juga gemar berkunjung ke Tugu Batu Pahat yang kelihatan seperti batu dipahat oleh sepasang tangan. Selain itu, penduduk tempatan juga selalu berkunjung ke sini pada hari biasa untuk bersantai dan beriadah. Ada juga yang bermain laying-layang di sini di samping terdapat gerai makanan di sekitar dataran.
Lokasi: Jalan Rahmat, Kampung Bahagia, Batu Pahat
6. Muzium Nenas, Pontian
Terletak di sebuah pecan kecil bernama Pekan Nenas, pameran di muzium ini bertemakan buah nenas. Jenis-jenis nenas, aktiviti penanaman nenas, pemprosesan produk nenas, dan pelbagai lagi info menarik berkaitan nenas ada dipaparkan di sini. Anda juga dapat melihat pelbagai jenis nenas yang ditanam di bahagian luar muzium ini. Selain itu, anda juga dapat membeli pelbagai barangan berasaskan nenas seperti jem dan jus.
Lokasi: Batu 32, Jalan Johor Pontian, Pontian
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pg – 5 ptg
Harga Tiket: RM2
5. Istana Bukit Serene, Johor Bahru
Merupakan istana diraja dan kediaman rasmi buat Sultan Johor sejak 1998, istana ini terletak di atas Bukit Serene dan boleh dilihat dari Danga Bay. Landskap tamannya yang cantik selalu dijadikan tempat untuk upacara diraja. Di samping itu, Angkatan Tentera Johor bertugas untuk melindungi istana ini. Walaupun Istana Bukit Serene tidak dibuka untuk kunjungan awam, ramai yang gemar datang ke sini untuk bergambar dan melihat sendiri keindahan istana ini.
Lokasi: Jalan Straits View, Bukit Serene, Johor Bahru
sumber rujukan: http://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-johor/
Jika ingin bekunjung ke johor bahru untuk melancong, atau apa-apa tujuan dan tidak ada tempat yang
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di
Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi (2 bilik kipas syiling, 2 bilik aircond) iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..
Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:
No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Kecantikan alam semula jadi di negeri Johor tidak boleh disangkal lagi. Hampir setiap daerah di negeri ini mempunyai taman negara, air terjun, atau gunung-ganang sendiri.
Tanjung Piai, Pontian
Mercu tanda setinggi 20 meter menandakan bahawa Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan bagi benua Asia. Dibina pada tahun 2001, mercu tanda itu berwarna kelabu bagi melambangkan hutan paya bakau di Tanjung Piai. Merupakan kawasan penghijrahan pelbagai jenis burung dan rumah kepada bermacam-macam haiwan liar, kawasan paya bakau di sini dideklarasikan sebagai taman negara pada tahun 2004 dan berkeluasan sehingga 900 hektar. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, Tanjung Piai menjadi kawasan kegemaran para pemancing dan kepada yang suka bersiar-siar melihat pemandangan Selat Tebrau. Terdapat juga jambatan kayu merentasi hutan paya bakau untuk membolehkan para pengunjung berjalan di tengah-tengah hutan paya bakau ini. Dan yang paling menarik sudah pastinya sebuah monumen yang menandakan Tanjung Piai sebagai titik hujung benua Asia dan dibina di atas pelantar yang menganjur ke laut Selat Melaka.
Lokasi: Tanjung Piai, Pontian
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pg – 5 ptg
Harga Tiket: Dewasa: RM5, Senior: RM3, Pelajar: RM3, Kanak-kanak: Percuma
Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi
Terletak 15km dari pekan Kota Tinggi, air terjun ini menjadi kawasan tumpuan baik yang datang berkeluarga atau yang inginkan berseronok bersama rakan-rakan. Terdapat gelongsor air dan air terjun pelbagai tingkat dari cetek hingga dalam, anda pasti akan berpuas hati jika datang berkunjung ke sini. Sentiasa penuh terutamanya pada hujung minggu atau cuti sekolah, anda boleh menginap di Resort Air Terjun Kota Tinggi yang terleetak berdekatan dengan air terjun ini. Untuk bermain gelongsor air, anda boleh menyewa pelampung di sini pada kadar harga yang berpatutan. Air terjun utama terletak selepas kedai sewa pelampung. Di sini, pengunjung gemar bertenggek di bawah air terjunnya yang deras mengalir.
Lokasi: Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi
Waktu Operasi: Setiap hari
Harga Tiket: Harga berbeza mengikut warganegara dan peringkat umur
Gunung Ledang, Muar
Siapa saja yang tidak kenal dengan kisah mistik gunung ini. Gunung yang paling tinggi di Johor ini merupakan gunung kegemaran bagi para pendaki gunung atau hiker. Pendakian yang biasanya mengambil masa selama 5 hingga 6 jam tidaklah sesenang yang disangka. Trek di gunung in berbatu dan licin serta ada bahagian yang memerlukan bantuan tali untuk sampai ke puncak. Terdapat dua denai untuk sampai ke puncak, iaitu melalui Asahan, Melaka atau melalui Resort Gunung Ledang, Muar. Anda boleh memilih denai tersebut mengikut kemampuan anda. Adalah disarankan untuk anda membeli permit dan melaporkan aktiviti anda terlebih dahulu atas faktor keselamatan.
Air Terjun Gunung Ledang, Muar
Dan jika anda sudah penat mendaki, anda boleh hilangkan lelah anda dengan berehat di air terjun di kaki gunung ini. Air terjun yang bersih dan sejuk ini merupakan destinasi menarik di Muar yang memang sudah terkenal di kalangan penduduk Johor dan pelancong luar. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini antaranya berkhemah, berkelah, meredah hutan di samping mandi manda. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain disediakan di sini seperti surau, bilik persalinan, dan tandas. Letih mendaki, diubat dengan air terjun yang sejuk dan nyaman, Gunung Ledang sudah pastinya patut berada dalam senarai penjelajahan anda.
Gunung Lambak, Kluang
Berketinggian 510m dari aras laut, Gunung Lambak merupakan antara gunung yang mudah didaki justeru menjadikannya antara tempat yang sering dilawati di Kluang. Gunung ini mempunyai dua puncak dan beberapa denai untuk sampai ke kedua-dua puncak tersebut. Treknya penuh dengan flora dan fauna yang mempersonakan dan tidak terlalu memenatkan. Anda akan melalui jalan simen dahulu. Tiba di suatu bahagian, anda perlu menempuh hutan dan sedikit cerun bukit untuk sampai ke puncak. Sesudah tiba di tengah bukit, anda akan jumpa satu papan tanda untuk anda berehat sebentar. Anda boleh memilih untuk ke Puncak Utara atau Puncak Selatan dari situ (untuk maklumat anda, pemandangan di Puncak Utara lebih cantik).
Lokasi: Gunung Lambak Recreational Forest, Kluang
Zenxin Organic Park, Kluang
Anda boleh datang ke sini jika anda ingin merasa buah-buahan segar yang boleh dipetik sendiri dari ladang. Kilang yang pada mulanya menghasilkan baja kemudian bertukar menjual hasil pertanian organik ini akan menyambut tetamunya dengan teh buah mulberi yang dibancuh segar. Ladang ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung yang datang ke sini. Anda boleh melawat kebun buah naga, kebun buah mulberi, kebun timun, di samping melawat ladang ternakan arnab dan itik. Anda boleh memilih untuk berjalan atau menyewa basikal untuk melawat ladang yang sangat besar ini. Terdapat juga aktiviti seni yang sangat unik di mana anda perlu mengetuk bunga di atas kertas sehingga ia meninggalkan kesan dan warna mengikut bunga tersebut. Terdapat banyak makanan untuk pengunjung setelah lawatan selesai, anda perlu mencuba jus buah mulberi dan jus buah naga yang amat menyegarkan dan enak.
Lokasi: No.8, Jalan Teknologi 1, Kawasan Perindustrian Mengkibol, Kluang
Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 6.30 ptg
Harga Tiket: Dewasa (RM15) | Kanak-kanak (RM12)
Taman Awam Hutan Bandar, Johor Bahru
Kawasan seluas 50 ekar ini merupakan definisi taman hijau dalam bandar. Terletak hanya 1.5km dari bandar raya Johor Bahru, kawasan rekreasi ini masih mengekalkan kehijauan tamannya yang nyaman dan bersih. Kawasan tumpuan penduduk tempatan terutamanya pada hujung minggu, taman ini sesuai untuk anda beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Terdapat kolam mandi awam dibuka untuk kanak-kanak pada hujung minggu dan cuti umum. Anda boleh berjoging di sini meliliingi sekitar taman dan 7 buah tasik yang berada di seluruh taman ini. Dan kepada yang ingin berkhemah di sini, kadar bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan meliputi kemudahan awam yang lain seperti surau, bilik air, dan lain-lain.
Hutan Lipur Gunung Pulai, Kulai
Siapa sahaja yang tidak ingat akan kisah banjir lumpur yang telah mengorbankan lima nyawa di kaki Gunung Pulai di samping menghanyutkan empat buah rumah di kampung sekitar. Hutan lipur yang menjadi tumpuan peminat aktiviti lasak ini kemudiannya ditutup selepas kejadian itu. Namun begitu, pada tahun 2016, kawasan ini dibuka semula untuk pengunjung datang ke sini dan menikmati keindahan alam semula jadi di gunung ini. Terdapat dua hutan lipur di sini, Gunung Pulai yang setinggi 654m dari aras laut ini sesuai untuk pendakian senang. Pemandangan apabila anda berada di puncak juga sangat cantik dengan pemandangan kawasan kampung di sekitar kaki gunung tersebut. Dan yang paling menarik, di sepanjang pendakian anda boleh bertemu dengan banyak air terjun yang nyaman dan sesuai untuk anda menyejukkan kaki dan berehat jika anda penat mendaki.
Taman Merdeka, Johor Bahru
Taman Merdeka yang terletak di belakang Istana Bukit Serene merupakan salah satu lagi taman yang mengekalkan konsep taman hijau dalam bandar. Pengunjung biasanya datang ke sini untuk beriadah dan berehat menikmati kawasan sekitar taman yang indah. Terdapat trek joging mengelilingi taman ini selain pelbagai kemudahan awam lain. Tarikan yang paling menarik di sini ialah pertunjukan air pancut bermuzik yang dibuat pada waktu malam. Susunan pancutan air yang unik berlatar belakangkan lampu sorot yang berwarna warni diserikan lagi dengan alunan muzik yang merdu menarik pelbagai jenis pengunjung untuk datang ke sini.
Lokasi: Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru
Negara Endau Rompin, Mersing
Bagi peminat aktiviti lasak dan pencinta alam semula jadi, taman negara ini sudah pastinya berada dalam wishlist mereka. Berkeluasan sehingga 80,000 hektar, taman negara yang berkongsi dengan negeri Pahang ini merupakan taman negara kedua di Malaysia dan sangat kaya dengan flora dan fauna yang unik dan tersendiri. Haiwan seperti gajah, tapir, rusa, dan harimau adalah antara binatang liar yang boleh didapati di sini. Di samping tarikan fauna, keunikan flora di sini seperti herba dan orkid menjadi kawasan tumpuan para pengkaji dan penyelidik untuk ‘menginap’ di dalam hutan ini untuk berminggu-minggu. Untuk peminat aktiviti lasak, anda boleh melakukan jungle trekking dan berkhemah di dalam taman negara ini di samping mandi manda di air terjun yang terdapat di sini.
Tarikan alam semula jadi lain di Johor: Air Terjun Sungai Bantang (Segamat), Gunung Muntahak (Kota Tinggi), Hutan Lipur Gunung Belumut (Kluang), Hutan Lipur Gunung Panti (Kota Tinggi), Hutan Lipur Gunung Arong (Mersing)
Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi (2 bilik kipas syiling, 2 bilik aircond) iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..
Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:
No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)