Translate

Wednesday

Kehijauan Alam Semula Jadi Di Johor

Kehijauan Alam Semula Jadi Di Johor

Kecantikan alam semula jadi di negeri Johor tidak boleh disangkal lagi. Hampir setiap daerah di negeri ini mempunyai taman negara, air terjun, atau gunung-ganang sendiri.

 Tanjung Piai, Pontian



Tanjung Piai
Sumber: Saya Orang Johor

Mercu tanda setinggi 20 meter menandakan bahawa Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan bagi benua Asia. Dibina pada tahun 2001, mercu tanda itu berwarna kelabu bagi melambangkan hutan paya bakau di Tanjung Piai. Merupakan kawasan penghijrahan pelbagai jenis burung dan rumah kepada bermacam-macam haiwan liar, kawasan paya bakau di sini dideklarasikan sebagai taman negara pada tahun 2004 dan berkeluasan sehingga 900 hektar. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, Tanjung Piai menjadi kawasan kegemaran para pemancing dan kepada yang suka bersiar-siar melihat pemandangan Selat Tebrau. Terdapat juga jambatan kayu merentasi hutan paya bakau untuk membolehkan para pengunjung berjalan di tengah-tengah hutan paya bakau ini. Dan yang paling menarik sudah pastinya sebuah monumen yang menandakan Tanjung Piai sebagai titik hujung benua Asia dan dibina di atas pelantar yang menganjur ke laut Selat Melaka.
Lokasi: Tanjung Piai, Pontian
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pg – 5 ptg
Harga Tiket: Dewasa: RM5, Senior: RM3, Pelajar: RM3, Kanak-kanak: Percuma

 Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi



Air Terjun Kota Tinggi
Sumber: Media Johor

Terletak 15km dari pekan Kota Tinggi, air terjun ini menjadi kawasan tumpuan baik yang datang berkeluarga atau yang inginkan berseronok bersama rakan-rakan. Terdapat gelongsor air dan air terjun pelbagai tingkat dari cetek hingga dalam, anda pasti akan berpuas hati jika datang berkunjung ke sini. Sentiasa penuh terutamanya pada hujung minggu atau cuti sekolah, anda boleh menginap di Resort Air Terjun Kota Tinggi yang terleetak berdekatan dengan air terjun ini. Untuk bermain gelongsor air, anda boleh menyewa pelampung di sini pada kadar harga yang berpatutan. Air terjun utama terletak selepas kedai sewa pelampung. Di sini, pengunjung gemar bertenggek di bawah air terjunnya yang deras mengalir.
Lokasi: Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi
Waktu Operasi: Setiap hari
Harga Tiket: Harga berbeza mengikut warganegara dan peringkat umur

Gunung Ledang, Muar



Gunung Ledang
Sumber: Joshua Yong

Siapa saja yang tidak kenal dengan kisah mistik gunung ini. Gunung yang paling tinggi di Johor ini merupakan gunung kegemaran bagi para pendaki gunung atau hiker. Pendakian yang biasanya mengambil masa selama 5 hingga 6 jam tidaklah sesenang yang disangka. Trek di gunung in berbatu dan licin serta ada bahagian yang memerlukan bantuan tali untuk sampai ke puncak. Terdapat dua denai untuk sampai ke puncak, iaitu melalui Asahan, Melaka atau melalui Resort Gunung Ledang, Muar. Anda boleh memilih denai tersebut mengikut kemampuan anda. Adalah disarankan untuk anda membeli permit dan melaporkan aktiviti anda terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

Air Terjun Gunung Ledang, Muar

Dan jika anda sudah penat mendaki, anda boleh hilangkan lelah anda dengan berehat di air terjun di kaki gunung ini. Air terjun yang bersih dan sejuk ini merupakan destinasi menarik di Muar yang memang sudah terkenal di kalangan penduduk Johor dan pelancong luar. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini antaranya berkhemah, berkelah, meredah hutan di samping mandi manda. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain disediakan di sini seperti surau, bilik persalinan, dan tandas. Letih mendaki, diubat dengan air terjun yang sejuk dan nyaman, Gunung Ledang sudah pastinya patut berada dalam senarai penjelajahan anda.

Gunung Lambak, Kluang

Berketinggian 510m dari aras laut, Gunung Lambak merupakan antara gunung yang mudah didaki justeru menjadikannya antara tempat yang sering dilawati di Kluang. Gunung ini mempunyai dua puncak dan beberapa denai untuk sampai ke kedua-dua puncak tersebut. Treknya penuh dengan flora dan fauna yang mempersonakan dan tidak terlalu memenatkan. Anda akan melalui jalan simen dahulu. Tiba di suatu bahagian, anda perlu menempuh hutan dan sedikit cerun bukit untuk sampai ke puncak. Sesudah tiba di tengah bukit, anda akan jumpa satu papan tanda untuk anda berehat sebentar. Anda boleh memilih untuk ke Puncak Utara atau Puncak Selatan dari situ (untuk maklumat anda, pemandangan di Puncak Utara lebih cantik).
Lokasi: Gunung Lambak Recreational Forest, Kluang

 Zenxin Organic Park, Kluang

Anda boleh datang ke sini jika anda ingin merasa buah-buahan segar yang boleh dipetik sendiri dari ladang. Kilang yang pada mulanya menghasilkan baja kemudian bertukar menjual hasil pertanian organik ini akan menyambut tetamunya dengan teh buah mulberi yang dibancuh segar. Ladang ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung yang datang ke sini. Anda boleh melawat kebun buah naga, kebun buah mulberi, kebun timun, di samping melawat ladang ternakan arnab dan itik. Anda boleh memilih untuk berjalan atau menyewa basikal untuk melawat ladang yang sangat besar ini. Terdapat juga aktiviti seni yang sangat unik di mana anda perlu mengetuk bunga di atas kertas sehingga ia meninggalkan kesan dan warna mengikut bunga tersebut. Terdapat banyak makanan untuk pengunjung setelah lawatan selesai, anda perlu mencuba jus buah mulberi dan jus buah naga yang amat menyegarkan dan enak.
Lokasi: No.8, Jalan Teknologi 1, Kawasan Perindustrian Mengkibol, Kluang
Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 6.30 ptg
Harga Tiket: Dewasa (RM15) | Kanak-kanak (RM12)

Taman Awam Hutan Bandar, Johor Bahru

Kawasan seluas 50 ekar ini merupakan definisi taman hijau dalam bandar. Terletak hanya 1.5km dari bandar raya Johor Bahru, kawasan rekreasi ini masih mengekalkan kehijauan tamannya yang nyaman dan bersih. Kawasan tumpuan penduduk tempatan terutamanya pada hujung minggu, taman ini sesuai untuk anda beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Terdapat kolam mandi awam dibuka untuk kanak-kanak pada hujung minggu dan cuti umum. Anda boleh berjoging di sini meliliingi sekitar taman dan 7 buah tasik yang berada di seluruh taman ini. Dan kepada yang ingin berkhemah di sini, kadar bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan meliputi kemudahan awam yang lain seperti surau, bilik air, dan lain-lain.

Hutan Lipur Gunung Pulai, Kulai

Siapa sahaja yang tidak ingat akan kisah banjir lumpur yang telah mengorbankan lima nyawa di kaki Gunung Pulai di samping menghanyutkan empat buah rumah di kampung sekitar. Hutan lipur yang menjadi tumpuan peminat aktiviti lasak ini kemudiannya ditutup selepas kejadian itu. Namun begitu, pada tahun 2016, kawasan ini dibuka semula untuk pengunjung datang ke sini dan menikmati keindahan alam semula jadi di gunung ini. Terdapat dua hutan lipur di sini, Gunung Pulai yang setinggi 654m dari aras laut ini sesuai untuk pendakian senang. Pemandangan apabila anda berada di puncak juga sangat cantik dengan pemandangan kawasan kampung di sekitar kaki gunung tersebut. Dan yang paling menarik, di sepanjang pendakian anda boleh bertemu dengan banyak air terjun yang nyaman dan sesuai untuk anda menyejukkan kaki dan berehat jika anda penat mendaki.

Taman Merdeka, Johor Bahru



Taman Merdeka
Sumber: FOBN

Taman Merdeka yang terletak di belakang Istana Bukit Serene merupakan salah satu lagi taman yang mengekalkan konsep taman hijau dalam bandar. Pengunjung biasanya datang ke sini untuk beriadah dan berehat menikmati kawasan sekitar taman yang indah. Terdapat trek joging mengelilingi taman ini selain pelbagai kemudahan awam lain. Tarikan yang paling menarik di sini ialah pertunjukan air pancut bermuzik yang dibuat pada waktu malam. Susunan pancutan air yang unik berlatar belakangkan lampu sorot yang berwarna warni diserikan lagi dengan alunan muzik yang merdu menarik pelbagai jenis pengunjung untuk datang ke sini.
Lokasi: Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru

Negara Endau Rompin, Mersing

Bagi peminat aktiviti lasak dan pencinta alam semula jadi, taman negara ini sudah pastinya berada dalam wishlist mereka. Berkeluasan sehingga 80,000 hektar, taman negara yang berkongsi dengan negeri Pahang ini merupakan taman negara kedua di Malaysia dan sangat kaya dengan flora dan fauna yang unik dan tersendiri. Haiwan seperti gajah, tapir, rusa, dan harimau adalah antara binatang liar yang boleh didapati di sini. Di samping tarikan fauna, keunikan flora di sini seperti herba dan orkid menjadi kawasan tumpuan para pengkaji dan penyelidik untuk ‘menginap’ di dalam hutan ini untuk berminggu-minggu. Untuk peminat aktiviti lasak, anda boleh melakukan jungle trekking dan berkhemah di dalam taman negara ini di samping mandi manda di air terjun yang terdapat di sini.
Tarikan alam semula jadi lain di Johor: Air Terjun Sungai Bantang (Segamat), Gunung Muntahak (Kota Tinggi), Hutan Lipur Gunung Belumut (Kluang), Hutan Lipur Gunung Panti (Kota Tinggi), Hutan Lipur Gunung Arong (Mersing)

sumber:http://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-johor/

Jika ingin bekunjung ke johor bahru untuk melancong, atau apa-apa tujuan dan tidak ada tempat yang
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di



Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi (2 bilik kipas syiling, 2 bilik aircond) iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta  eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:





No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Email:          lieza.homestaybbu@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...