Translate

Wednesday

Panduan Naik Teksi, Mesti Tahu!




Tidak ramai pengguna yang benar-benar tahu menggunakan perkhidmatan teksi. Gara-gara sikap pengguna ini, sesetengah pemandu teksi mengambil kesempatan ke atas penumpang dengan mengenakan caj yang tinggi. Entri ini membantu anda naik teksi dengan 'selamat'.

Ketahui lokasi dan jalan yang dituju

Anda perlu membuat perancangan dan mengenal pasti laluan yang anda akan lalui dengan cara bertanya rakan atau 'google map' saja. Kemudian anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya supaya anda tidak ditipu dari segi jalan dan wang.


Bawa peta, pen dan kamera

Sekiranya anda baru pertama kali naik teksi menuju ke destinasi yang dituju, jangan lupa salin nama jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga. Paling penting, ambil gambar bangunan untuk memudahkan anda ingat jalan untuk diterangkan kepada rakan kemudian nanti.

Pilih teksi bermeter

          Masih ada lagi pemandu teksi yang degil dan gemar mengenakan tambang sesuka hati kepada pengguna. Ada baiknya anda bertanya dulu sama ada mereka menggunakan teksi bermeter atau tidak terutama buat anda yang baru pertama kali ke destinasi dituju dengan teksi.

Sedia wang kecil

       Alasan tidak mempunyai baki sering diguna oleh pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan jika anda menghulurkan wang jumlah besar. Sebelum naik teksi, pastikan anda menyediakan wang kecil supaya bayaran diberi tepat.

Tanya harga terlebih dahulu

             Elak tanya harga sebaik saja anda sampai ke destinasi. Sebelum melangkah masuk teksi, tanya harga yang dikenakan sekiranya pemantu tersebut tidak mengenakan meter ke destinasi anda.

BONUS  KESELAMATAN DARI LIBUR

Pilih duduk di kerusi penumpang

Kes rompakan dan pencabulan oleh pemandu bukan perkara baru malah boleh berlaku tanpa diduga. Untuk keselamatan, memilih temapt duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan bijak terutama jika anda wanita dan bersendirian. Peluang untuk melindungi diri atau tidak menjadi mangsa dapat dielakkan.

Keluar apabila keadaan meragukan
Segera keluar jika pemandu tiba-tiba berkelakuan aneh dari segi perbualan mahupun tindakannya meminta bayaran lebih sehingga membuatkan anda kurang selesa. Segera minta berhenti jika anda perasan meter tidak bergerak kerana pemandu mungkin telah ubah suai meter untuk menipu penumpang.


Hati-hati jika anda terpaksa menaiki teksi. Sekurang-kurangnya, tip di atas dapat membantu anda sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat dan tanpa rasa sakit hati!

Sumber: http://libur.karangkraf.com/idea-dan-tip/panduan-naik-teksi-mesti-tahu-1.340658
Sumber gambar: google image


Jika ingin bekunjung ke johor bahru untuk melancong, atau apa-apa tujuan dan tidak ada tempat yang
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di

LIEZA HOMESTAY JB

Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta  eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:


No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Email:          lieza.homestaybbu@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...