Translate

Friday

Tips Melancong: Buat persediaan elak tekanan





Terkejar-kejar ke lapangan terbang dek kesesakan lalu lintas sangat teruk, kemudian terpaksa beratur panjang di kaunter check-in memang suatu tekanan bagi mereka yang mempunyai pengalaman itu.
Mata pula asyik melihat jam takut tidak sempat me­nyelesaikan urusan sekali gus terlepas penerbangan.
Ada banyak alasan membuatkan kita tertekan saat berada di lapangan terbang, bahkan sebelum anda melakukan perjalanan percutian itu sendiri. Justeru, bagi mengelak anda tertekan di lapangan terbang sebelum pergi bercuti lagi, jom semak cara menghindari tekanan di lapangan terbang yang disenaraikan Santai minggu ini. Selamat mencuba!


1. Datang lebih awal

                  Terlambat ke lapangan terbang akan mengundang tekanan. Ingat, tekanan adalah terkumpul. Dek kelewatan tadi, ia boleh ditambah dengan pelbagai hal dan kemudian berakhir dengan tekanan.
Terkejar-kejar sepanjang perjalanan dari pintu gerbang terminal adalah satu langkah yang salah dalam memulakan perjalanan. Oleh itu, sebaiknya patuhi peraturan penerbangan dengan datang sebaiknya dua jam sebelum waktu berlepas.Buat anggaran masa yang betul untuk menuju ke lapangan terbang dan bijak mencari jalan alternatif jika berlaku sebarang masalah saat di tengah jalan.Memang, kadang kala anda mungkin sampai di lapangan terbang sebelum penerbangan walaupun terpaksa melalui kesesakan di jalan atau lambat keluar dari rumah.Tetapi pada lain waktu, mungkin saja anda boleh ketinggalan pesawat yang akan membuatkan anda sangat tertekan.


2. Ambil penerbangan tengah hari

Cubalah memilih penerbangan pada pagi selepas subuh, misalnya penerbangan pertama atau penerbangan tengah hari.Ideanya untuk dapat meninggalkan lapangan terbang selepas jam sibuk di pagi hari atau sebelum jam sibuk di waktu petang.Pertimbangkan juga waktu terbaik untuk meninggalkan bandar pada ketika warga kota masing-masing sibuk dengan tugasan seperti di pejabat dan sebagainya.


3. Jarakkan perjalanan anda

Perjalanan udara memungkinkan anda untuk datang dan pergi ke suatu destinasi dalam masa satu hari. Misalnya, pagi berangkat ke Jakarta dan waktu petang pula anda sudah tiba di Kuala Lumpur. Namun, perjalanan udara dan lapangan terbang hanya membuatkan anda tertekan.  Oleh itu, sebaiknya, peruntukan masa sehari dalam perjalanan anda. Jangan terburu-buru dan nikmatilah perjalanan anda dan bukan dengan tekanan.

4. Bersedia untuk menunggu dan waktu penerbangan ditunda
Menaiki penerbangan tepat pada masanya sememangnya cukup menggembirakan. Namun, terpaksa menunggu dek ada masalah yang tidak dapat dielakkan termasuk penerbangan terpaksa ditunda cukup memberi tekanan. Oleh itu, kurangi tekanan dengan mempersiapkan diri jika penangguhan waktu penerbangan terjadi. Bawalah laptop, bahan bacaan, gajet atau sekadar muzik untuk mengisi waktu anda.

5. Nikmati makanan santai di lapangan terbang

Selalunya, di lapangan terbang banyak jenis makanan unik yang boleh dinikmati. Tidak salah jika anda menikmati pelbagai jenis makanan di lapangan terbang.
Jangan biarkan diri anda kelaparan sambil menunggu pesawat. Perut lapar hanya akan mengundang tekanan.


6. Membawa satu set ‘headphone’

     Dalam kajian yang dilakukan baru-baru ini, mendengar muzik adalah cara terbaik untuk bersantai. Jadi, membawa muzik yang anda suka di dalam pesawat dan anda akan menikmati perjalanan jauh dengan lebih baik. Lebih baik juga jika anda melengkapkan diri dengan ‘headphone’ supaya anda dapat mendengar lagu kegemaran dengan lebih tenang tanpa mengganggu orang lain.

7. Meditasi di pesawat

Tutup mata anda dan perhatikan nafas anda. Kira setiap nafas anda atau cuba ulangi kata atau frasa santai berulang-ulang untuk diri sendiri. Jika anda seorang yang suka berdoa, lakukan doa kecil selepas berlepas dan mendarat kerana ini akan sangat membantu.


8. Pilihlah lapangan terbang anda

Jika ada pilihan beberapa lapangan terbang di tempat anda tinggal, pilihlah lapangan terbang terkecil yang sunyi. Dengan kurangnya orang yang ada di lapangan terbang itu, proses penerbangan anda pastinya akan lebih menyenangkan.


Sumber:

http://www.hmetro.com.my/node/52480

sumber gambar: google image

Jika ingin bekunjung ke johor bahru untuk melancong, atau apa-apa tujuan dan tidak ada tempat yang
sesuai untuk menginap bolehlah bekunjung ke homestay kami di

LIEZA HOMESTAY JB

Iaitu yang terletak di : No 50 Jalan Padi Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru, Johor
Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, iaitu segala kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakasan dapur serta  eletrik dan Astro telah siap sedia. Kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda..

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:


No Telifon: 016-786 2934 (Puan Haliza)
No Telifon: 016-756 2061, 017-846 2016 (En Hairy Azly)
Email:          lieza.homestaybbu@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...